mcmc
Maklumat Setempat

Hari Bersama Komuniti 2016

Hari Bersama Komuniti 2016

Hari Bersama Komuniti 2016 Pusat Internet 1Malaysia Kg Bunan Gega diadakan pada 20 Mac 2016 di Balai Kebudayaan Kg Bunan Gega. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan. Pada 5 Mac 2016, kami telah menjalankan aktiviti ICT bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Bunan Gega seperti pertandingan mewarna online, menaip dengan pantas, membuat kad perniagaan paling kreatif, kuiz ict dan searching word online. Sebelum aktiviti ICT dijalankan, kami telah memberi keterangan tentang pengenalan Dashboard kepada komuniti. Pada 20 Mac 2016, kami juga memperkenalkan program advokasi jelajah mini KDB Sarawak dan promosi KDB Funniest 15 Seconds. Selain itu, aktiviti sukaneka rakyat juga dijalankan pada sebelah pagi seperti pertandingan pasing gelang getah, pertandingan mengisi air dalam botol, pertandingan mengubah bunga, pertandingan lari dalam guni, membawa telur dalam sudu, melontar bola pingpong dan sebagainya. Pada sebelah petang, perasmian Hari Bersama Komuniti 2016 dirasmikan oleh Puan Muzaimah Binti Sumar Timbalan Setiausaha Majlis Daerah Serian. Selepas itu, aktiviti penyampaian hadiah dan cabutan tiket bertuah dijalankan.